Monday, July 17, 2006
Setahun sudah berlalu...
Tahniah aku ucapkan kepada aku kerana dapat menanggung keperitan tidak menulis di blog ini selama setahun! Kau pernah rasa keperitan tidak menulis? Cubalah, untuk merasa apa yang aku rasa...
No... no... no... jangan cuba. Nanti beribu-ribu orang lain pulak yang merasa keperitan bila tidak membaca apa yang kau tulis. Tulisan kau bernas dan lucu! Ramai yang terhibur dengan sindiran kau yang jarang menyinggung hati...
Aku rasa, kau tak perlu merasa apa yang aku rasa...

Saturday, July 16, 2005
Rule of Thirds
Saya tahu tentang basic composition dan rule of thirds agak lewat.
Terfikir saya tentang composition di dalam fikiran kita. Apabila masalah yang kita hadapi diletakkan di tengah-tengah, masalah itu akan nampak cukup berat dan membosankan... macam hidup kita penuh dengan masalah itu sahaja.? Kalau kegembiraan pulak kita letakkan di tengah-tengah, mungkin nampak macam kita ini lupa diri...
Masalah yang diletakkan di 'point' yang tepat menyebabkan masalah itu tetap diberi perhatian utama tetapi tidak begitu menekan dan membebankan... kegembiraan yang diletakkan di 'point' yang sesuai menampakkan masih ada elemen-elemen lain yang perlu diberi perhatian selain kegembiraan...
Mungkinkah 'bersyukur' itu sebenarnya mengajar kita tentang composition dalam minda?
Saya tidak tahu...

Tuesday, July 05, 2005
MAKE-UP
Adalah sesuatu yang di luar kebiasaan di sini jika kita mendengar deringan telefon tangan di dalam keretapi. Adalah dikira pelik juga jika kita mendengar orang berbual dengan telefon tangan dalam keretapi! Kebanyakannya hanya ber-SMS atau main game... Begitu ke dalam komuter/ LRT/ momorail kita?
Bukan pula sesuatu yang pelik melihat perempuan Japang mengeluarkan cermin dari beg tangannya dan bersolek dalam keretapi! Ada yang menambah lipstik, membetulkan blusher, memakai maskara dan memastikan alis matanya yang palsu itu masih melekat elok... cukup selamba rock diorang ni... Begitu ke dalam komuter/ LRT/ monorail kita?
Tentu saja antara dua budaya kita mempunyai nilai, pandangan dan tanggapan yang berbeza tentang make-up.
Kalau ditanya kepada saya tentang make-up, saya akan menjawab untuk menambah seri apa salahnya! Asalkan jangan berlebihan sudahlah!
Apa pula sebenarnya hukum-hakam me make-upkan sekeping gambar dalam fotografi? Saya serba tidak tahu...

Friday, July 01, 2005
Telur Goreng
Mee goreng ala jepun dipanggil yaki-soba. Sedap ke yaki-soda ni? Entah! Saya pun tak pernah rasa sebab macam ada campur sosej yg dipotong halus.
Apa yang menariknya di atas yaki-soba ini diletakkan sebiji telur goreng yang cantik. Macam mana rupa telur goreng yang cantik? Alamak... susah nak cerita. bayangkan sendiri jerlah!
Suatu hari pakcik yang menjual yaki-soba ni mencerita tentang telur goreng. Katanya ada tiga faktor utama yang menentukan rupa bentuk telur goreng :
Pertama ialah kepanasan minyak. Jika telur dimasukkan ketika minyak cukup panas, banyak gelembung-gelembung akan timbul pada telur. Jika minyak kurang panas dan telur digoreng secara perlahan, bentuk telur goreng akan lebih licin dan pejal.
Kedua ialah lama mana telur itu digoreng. Jika minyak terlalu panas, bahagian luar atau putih telur akan cepat hangit tetapi kuning telur masih cair. Jika minyak kurang panas, telur perlu dibiarkan lama untuk masak secara elok.
Faktor ketiga ialah banyak mana minyak digunakan. Minyak yang sedikit mempunyai sensiviti haba yang tinggi... maknanya cepat panas. Dalam keadaan sumber haba yang terhad misalnya menggoreng telur dengan sebatang lilin, minyak yang sedikit perlu digunakan dan lebih lama masa menggoreng. Jika minyak terlalu sedikit, telur mudah hangit dengan kesan hitam dan melekat dikuali!
Kata pakcik yang mempunyai keramahan terlampau tu, tak ada setting bagi ketiga-tiga faktor ini yang betul atau tidak betul... semuanya bergantung pada hasil yang ingin dicapai...
Adakah menggoreng terlalu susah?

Tuesday, June 28, 2005
SUP PUNJUT
Mak saya di kampung masak sup tulang, cukup sedap rasa. Mywife kalau masak sup tulang, dia pakai sup punjut... tapi rasanya tak kalah, tetap sedap juga!
Suatu hari tu, saya cuba nak buat surprise kat mywife. Beli ekor lembu dan cuba nak masak sup sendiri, pakai sup punjut la jugak...tapi jenuh saya modified sana-sini, tetap tak sesedap macam yang mywife selalu buat!
Selepas itu, baru saya sedar rupanya nak masak pakai sup punjut pun kena ada skill rupanya... dan pakai sup punjut bukanlah '2nd class' tarafnya... teringat juga saya pada wak yang menjual soto di kampung, sotonya cukup sedap dan sudah tentu dia tak menggunakan sup punjut. Kalaulah wak tu gunakan sup punjut, tentu dia tak puas hati sebab dia tak dapat mengontrol segala aspek citarasa yang dia inginkan dalam sotonya... apatah lagi itu memang kerjanya dan sumber pendapatannya...
Pernah juga saya cuba suruh mywife tanya pada mak, macam mana mak masak sup tulangnya, saya tak pasti dia dah tanya ke belum. Tapi yang pasti, mywife tak boleh bergantung kepada sup punjutnya dan perlu menggunakan ramuan-ramuan tersendiri kalau nak buat sup yg sesedap sup tulang mak di kampung. Tak apalah! tunggu nanti balik dari Japang ni baru belajar lagi nak masak sup tulang yang best-best! Buat masa ini saya terus berpuas hati dengan sup punjutnya!
Agaknya begitukah bandingan antara SLR dengan kamera 'point n shoot'?

Tuesday, September 07, 2004
Saturday, August 28, 2004
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
angka 47 mengingatkan aku kepada 446! 47 terlalu muda dibandingkan 446! 446 itu terlalu lama...
sekiranya 47 itu adalah kecerahan baru, jangan lupa pada kegelapan lama...
aku bersyukur...

Wednesday, August 25, 2004
Batik
melihat corak batik, terfikir aku tentang corak negara serta kehidupan ini seluruhnya.
uniknya batik kerana aliran warna pada corak-corak terkawal melalui lilin dari dari cantingan. di situlah batas-batasnya, di situlah had-had bagi setiap warna. sekiranya ada warna-warna yang melintasi sempadannya, rosaklah corak batik itu.
setiap warna itu ada kawasan-kawasannya dan sudah dilukis indah penuh harmoni. sekiranya ada warna-warna yang melintasi sempadannya, rosaklah corak batik itu.
aku masih merenung corak batik itu...

Tuesday, August 17, 2004
Sebuah Rumah Melayu...
Rumah Melayu itu cukup halus dan berseni buatannya. Dihiasi pula dengan ukiran-ukiran dan berkerawang di sana-sani. Melihat dari jauh, aku sudah tahu itu rumah melayu. Bumbungnya bumbung melayu, tingkapnya tingkap melayu, tiangnya tiang melayu, dinding dan lantainya semua melayu. Memang begitulah rumah melayu...
Kini ada pula sipandai yang ingin mengubahnya dengan alasan penciptaan rumah melayu perlu dinamis, ubah saja bumbungnya menjadi bumbung inggeris !
Tukang kayu yang kerjanya membuat rumah dan cintakan kesenian rumah melayu pun membantah! Alahai.... bantahan tukang kayu siapakah yang ingin mendengarnya... dia hanya seorang tukang kayu...
(polemik Kem. Penerangan - DBP?)

Wednesday, August 11, 2004
Tiga Warna
Perlukah harmoni diwujudkan dengan warna biru, merah dan kuning itu diadunkan sepati dan menjadi warna perang kehitaman....
atau harmoni itu apabila warna biru,merah dan kuning berdiri sendiri, tidak bercampur jalur demi jalur.....?

Thursday, August 05, 2004
Ayah Beli Bungalow...
(kisah projek mega?)
'buat apalah ayah beli bungalow tu, rumah teres yang kita duduk sekarang pun dah cukup selesa dah ayah...'
Anakku, ayah beli bungalow ini bukan untuk bermewah-mewah atau sekadar menunjuk-nunjuk. Ini untuk masa depan kita. Ayah mahu anak-anak ayah berjiwa besar. Jangan sampai kamu diperlekehkan oleh kawan-kawanmu yang lain!
Ayah beli bungalow ini bukan dengan tunai. Perlu dibayar ansurannya juga. Bungalow ini ayah beli 5 tahun lalu dengan harga 800 ribu. Sekarang nilainya sudah 2.5 juta! Ini satu pelaburan juga. Bila kau sudah dewasa nanti, entah berapa pula harganya dan jika ketika itu baru kita ingin membeli bungalow, ayah percaya kita tak akan mampu!

Saturday, July 31, 2004
terbinanya sebuah rumah...
kisahnya bermula dengan seorang pemuda yang mempunyai sebidang tanah. sudah lama dia berhasrat untuk membina rumahnya sendiri di situ. datang seorang kontraktor dan memberitahu sebuah rumah hanya dapat dibina dengan kos RM100 ribu.
pemuda ini hanya mempunyai RM60 ribu. dalam pada itu, datang dua orang sahabatnya yang tidak punya rumah, tidak punya tanah. seorang sahabat mempunyai RM30 ribu dan seorang lagi mempunyai RM10 ribu. kata sepakat dicapai, mereka setuju untuk berkongsi dan membina rumah yang diimpikan itu...
akhirnya rumah itupun terbina. tinggalkan mereka di dalam rumah itu. rasa saling menghormati di antara mereka perlu dipelihara, jika tidak seluruh rumah huru-hara. bilik masing-masing perlu dikunci juga.
rumah yang dulunya serba sederhana, kini nampaknya semakin anggun dan bergemerlapan. ramai yang berminat untuk ke rumah ini, dengan niat yang tersendiri...
kini cabaran penghuni rumah ini semakin besar...

Friday, July 30, 2004
DEB
ya kak tipah, cerita lembu tu adalah cerita pokcik di BTN. cerita-cerita berikut selepasnya juga adalah sama, direka untuk menjelaskan situasi itu mengikut kefahaman pokcik. sekadar untuk dikongsikan bersama:
ada sebuah kampung miskin yang tiada bekalan air. setiap hari penduduknya mengangkut air sendiri dengan menggunakan timba. bekalan yang disimpan di rumah tidaklah banyak. sekadar cukup untuk kegunaan seharian.
kemudian, kerajaanpun menyediakan bekalan air paip ke kampung tersebut. tak perlu lagi setiap hari ke sungai mengangkut air.
ada sebuah kampung lagi, penduduknya sudah lama mengusahakan memasang paip air sendiri. kampung ini semakin hari semakin makmur. jika dulu paip air yang dipasang hanya bersaiz 2 inci, sekarang sudah ditukar kepada paip bersaiz 6 inci!
dalam tempoh 20minit paip di kampung pertama dibuka, air yang terkumpul hanyalah 19 baldi, sedangkan sasarannya adalah 30 baldi. manakala di kampung kedua, air yang terkumpul dalam tempoh 20minit melebihi pula sasarannya! sudah tentu, sebab memang saiz paip airnya juga jauh lebih besar.
melihat keadaan ini, adakah kita merasakan usaha memasang paip air ke kampung pertama itu gagal dan elok dihentikan sahaja?

Thursday, July 29, 2004
meritokrasi
gembala itu mempunyai tiga ekor lembu yang dipelihara dalam kandang. seekor lembu itu lebih kurus dari yang lainnya. setiap hari dia memotong 7 ikat rumput. lembu yang kurus itu diberinya 3 ikat rumput, 2 ekor lagi diberi 2 ikat rumput masing-masing.
kini gembala itu tidak mahu lagi memotong rumput untuk lembunya. dibiarkannya lembu itu meragut sendiri rumput di kawasan yang sudahpun dipagarnya. memang segar rumput di situ, mungkin kalau dipotong boleh dapat sekitar 22 ikat. kalau lembu kurus rajin meragut, dia akan dapat makan lebih dari 3 ikat rumput seperti yang dia dapat sebelumnya....

Tuesday, July 27, 2004
Malas
Aku sudah membaca resolusi setebal 5 muka surat tentang kegagalan itu yang dibincangkan oleh para bijaksana dan bijaksini...
Aku sudah membaca komen seorang menteri tentang mengapa graduan sukar mendapat kerja...
Aku sudah lama membaca tentang masalah lepak...
Aku lega kerana tidak ada perkataan 'malas' di situ... walaupun kita selalu kurang berjaya, tidak ada yang berani kata kita ini malas... bukankah itu satu kelegaan?

Tuesday, July 20, 2004
Keindahan
merasakan nikmat keindahan, di mata yang terbuka, di hati yang hidup
selalu juga terlupa itulah keindahan:
bila di depan mata
bila sentiasa ada
keindahan baru, membuat aku lebih menghargai keindahan lama...

Monday, July 19, 2004
Jumpa Kawan Lama
aku terasa aku menghasilkan ketawa yang bermutu tinggi apabila mentertawakankan kebodohan silam diri sendiri bersama kawan-kawan lama...

Friday, July 16, 2004
Julai~ bulan yang membaca
apa beza di antara membaca dan menonton filem? aku hairan juga bila melihat buku harry potter begitu laris di pasaran. cerita itu akan difilemkan juga nanti, bukankah lebih mudah untuk menikmati ceritanya melalui filem berbanding penat-penat membacanya?
kata yang pernah aku dengar, nikmat membaca terletak pada keindahan imaginasi si pembaca! dalam filem semuanya telah terhidang, dengan itu penggunaan minda kanan agak kurang. membaca mengaktifkan minda kanan!
di mana pula nikmat menulis?

Thursday, July 15, 2004
tiada apa-apa
kata 1 : tulislah tiada apa-apa yang hendak ditulis, itu akan jadi sesuatu yang ditulis...
kata 2 : tiada idea ada satu idea...
kata 3 : saya tidak akan memberikan sebarang komen adalah satu komen...

Wednesday, July 14, 2004
Dua Hala
lebih mudah untuk seorang boss memahami perasaan orang bawah atau
lebih mudah sekiranya orang bawah cuba memahami pemikiran seorang boss...?
lebih mudah untuk orang kaya memahami penderitaan orang miskin atau
lebih mudah untuk orang miskin memahami cara kerja orang kaya...?
Pause. Aku ingin ulang membaca dua para di atas....

| [ Read / Sign my guestbook ] |
| Get a free Guestbook |

My inner child is ten years old!
The adult world is pretty irrelevant to me. Whether
I'm off on my bicycle (or pony) exploring, lost
in a good book, or giggling with my best
friend, I live in a world apart, one full of
adventure and wonder and other stuff adults
don't understand.
How Old is Your Inner Child?
brought to you by Quizilla